Polis menyelamatkan gadis daripada penganiayaan dan 20 tahun kemudian, gadis itu menjejaki polis tersebut lalu bertanyakan satu soalan |
Seorang remaja perempuan telah diselamatkan oleh seorang pegawai polis daripada ibu bapanya yang melakukan penderaan terhadapnya. Ketika itu, Sally Zheng berusia 14 tahun dan kehidupannya tidak sama seperti remaja yang lain namun semuanya berubah selepas dia bertemu dengan Pegawai Ralph Torres yang membuatkan dia berasa selamat.
“Ia bermula daripada ingatan, memori dari zaman kanak-kanak saya,” kata Sally Zheng kepada CBS New York. “Saya tidak berada dalam keadaan yang baik, tetapi dia ada bersama saya.”
Masing terngiang-ngiang di telinga Sally Zheng kata-kata semangat daripada polis tersebut: “selagi dia berada di sana, tiada siapa akan menyakiti saya”. Bagi seseorang yang telah melalui beberapa tahun penderaan, ia adalah kali pertama Sally Zheng berasa selamat.
Sebelum meninggalkan Sally Zheng, Torres telah memberikan nombor telefonnya tetapi Sally Zheng tidak dapat mengesannya selepas menetap di pusat jagaan anak-anak angkat. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain menjejaki Torres dengan usahanya sendiri.
Menjejaki seseorang bukanlah perkara mudah namun kelebihan yang dimiliki oleh Sally Zheng sebagai salah seorang anggota polis memudahkan pencariannya. Selepas mendapat pekerjaan sebagai pegawai di biro pengangkutan, dia memulakan misi mencari Torres.
Dia bertanya kepada sesiapa sekiranya mereka mengenali mana-mana polis dengan nama akhir yang sama, Pegawai Torres.
Selain daripada itu, Sally Zheng juga pernah menulis surat kepada Torres dengan menyatakan harapannya untuk bertemu dengan heronya itu.
Akhirnya, pada Mei 2017, hasrat Sally Zheng menjadi kenyataan selepas dia diberitahu oleh Pesuruhjaya James O’Neill mengenai kehadiran Torres semasa perhimpunan pagi anggota polis.
Sally Zheng yang terkejut dengan lawatan itu ternyata tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kegembiraannya!
Dia berasa sangat gembira kerana akhirnya dia dapat bertemu semula hero yang pernah menyelamatkannya ketika dia berhadapan dengan masa yang sukar dahulu.
Ternyata, pencarian Sally Zheng bukanlah sia-sia dan selepas 20 tahun terpisah, mereka dipertemukan semula dalam satu pertemuan yang penuh emosi.
“Saya telah mendapat anak perempuan lain,” kata Torres.
Torres teringat Sally Zheng sebagai anak yang ketakutan dan dia tahu dia perlu menenangkannya.
Pada fikiran Sally Zheng tentulah Torres akan tertanya-tanya apakah yang berlaku kepadanya selepas diserahkan ke pusat jagaan anak-anak angkat dan kini dia mampu menunjukkan betapa dia telah melakukan hal yang membanggakan dengan menjadi anggota polis seperti Torres.
“Adakah awak berbangga dengan saya?” soal Sally Zheng kepada Torres.
“Saya sangat berbangga dengan awak!” itulah yang dijawab oleh Torres.
Menurut Sally Zheng, dia berharap sikap dan tindakan yang telah ditunjukkan olehnya menjadi contoh yang baik kepada semua anak angkat yang berada di luar sana dan berpegang bahawa harapan itu sentiasa ada di luar sana.
Mari saksikan pertemuan semula penuh emosi antara Sally Zheng dan heronya, Pegawai Ralph Torres dalam video di bawah.
Sumber: NTD
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.